Wednesday 25 February 2009

stranded

Assalamualaikum hamzah dan anas.

lama betul oom tak menulis. selalu aunty along yang menghidupkan blog ni. tiap kali oom nak menulis je, merenung ke laptop ni, asyik overcome by emotion.

tu la dia oom. sentiasa merindui hamzah dan anas. hamzah dan anas (abi kata HAMAS!) dah besar pun. oom baru tengok gambar yang abi bubuh kat facebook dia. comelnya. hensem pun ada jugak. oom doakan hamzah dan anas diberikan akhlak yang "handsome" juga. Ar Rasul mengajarkan kita utk mengucapkan doa : Allahumma kama Hassanta Khalqi, Fahassin Khuluqi- Ya Allah, sepertimana Kau mencantikkan penciptaan ku, maka cantikkanlah pula akhlakku.


oom letak tajuk stranded tu atas beberapa sebab. pertama sebab baru2 ni oom terstranded/ terkandas kat airport bristol masa nak bertolak ke vienna, utk menghadiri conference ttg Gaza di sana. cuaca ketika tu amat buruk sebab snow sangat tebal. ada snow storm juga pagi tu. jadi oom yang dah keluar dari rumah oom syafiz dekat bristol pukul 4 pagi lagi, hanya dapat sampai airport jam 6 pagi. flight sepatutnya bertolak jam 6.3o pagi. perjalanan mengambil masa yang sangat panjang sebab jalan dipenuhi ais. we were practically sliding.

di airport, oom diberitahu yang flight delayed indefinitely. so, oom pun tunggu je lah. 2 jam selepastu oom diberitahu yang flight telah di batalkan sebab runway yang berais. petang tu baru airport di buka.

semasa menunggu di airport, oom dapat pergi bermain2 snow di luar airport tu dengan oom syafiz. Subhanallah, semasa ni, barulah oom mengerti maksud sesuci salji. putihnya salji tu takde sebarang kekotoran langsung. cuma bila ada orang pijak baru lah nampak kotor.

airport bristol

oom dgn oom syafiz

penciptaan manusia juga begitu. fitrahnya adalah suci dan putih. terserah kepada diri manusia itu sendiri utk memastikan jiwanya terus putih atau mengotorkannya dengan bendasing. bendasing ni merupakan perkara2 yang terkeluar dari syariah Allah. selagi mana seseorang tu mengikut aturan dan jalan yang Allah dah tunjukkan, dia akan selamat.

kedua, kenapa oom bubuh tajuk stranded adalah, oom sekali lagi stranded di bristol for the past three days. kali ni oom sengaja duduk di sini. anak usrah aunty along, aunty aliyyah masuk hospital sebab viral infection. kesian dia. oom sedih sebenarnya tengok keadaan dia yang lemah dan tak berdaya masa oom mula2 sampai. selalunya dia ceria dan energetic. aunty along mencuba sedaya upaya utk duduk di sebelah aunty aliyyah utk temankan dia. tapi peraturan hospital kat sini tak bagi orang teman tidur malam2. so, kesian kat aunty aliyyah sorang2.

oom susah nak menahan emosi kalau tengok orang sakit atau sedih. biasanya oom akan sedih juga. islam juga mengajarkan umatnya utk saling berkasih sayang sebegini. kalau ada diantara kita yang sakit, semua yang lain juga berasa 'sakit'.

Perumpamaan hubungan orang-orang mukmin dalam cinta dan kasih sesama mereka ialah seperti satu tubuh. Jika satu anggota mengadu sakit, maka seluruh tubuh akan turut merasakan sakit dengan berjaga malam dan demam.” (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

Seorang mukmin dengan seorang mukmin yang lain seperti satu bangunan. Setiap satu menyokong yang lain.” (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)


ketiga, sebab oom rasa somehow ilmu dan kematangan oom stranded somewhere. agaknya sebab oom dah lama tak belajar. belajar as in masuk kelas dan actively belajar.

sepatutnya oom tak rasa begitu, sebab oom ada aktiviti usrah setiap minggu yang banyak memberi kesedaran, ilmu dan peringatan2 utk kita. oom mengakui, memang banyak kesan positif dari oom ikut usrah ni. kalau tak, mesti oom dah mati sebab kering otak oom.

mungkin oom sebenarnya rindu dengan suasana kehidupan sebagai seorang student sepenuh masa kot. masa student kita sentiasa dikelilingi dengan ilmu. setiap hari kita hidup dengan meningkatkan ilmu kita bila kita ke kelas, baca buku atau membuat latihan kerja rumah mahupun research. bila dah takde semua tu, kita tend to take for granted keperluan mencari ilmu.

maknanya, oom kena banyak lagi membaca buku la. luaskan horizon dan baca juga buku2 yg lain jugak. maybe oom kena start baca buku2 org putih. banyak je jual dan murah2 juga dekat car boot. masalahnya, sgt jarang berpeluang pergi ke car boot. asyik takde kat cardiff je masa weekend.

oom juga selalu membandingkan diri oom dengan abang2 dan ikhwah senior yang lain dari segi pemikiran oom. mereka jauh lebih intelek dari oom. lebih baik grasp mereka tentang tasawwur dakwah yang luas. lebih cantik bahasa mereka dengan manusia. lebih berwibawa peribadi mereka sebagai duta dakwah. terasa sangat kerdil dan kecil diri ni bila bersama mereka.

masa oom sekolah dulu, boleh dikira sebagai orang yang kedepan juga la. pimpinan pelajar juga. debater dan sebagainya. kemana hilang skil2 ni semua?

hamzah dan anas yang comel,

oom tak nak bunyi macam negatif sangat. dari sisi2 lain, ada jugala perkembangan diri oom.(kembang saiz... hahaha) Allah perintahkan kita utk tidak pernah berputus asa dari rahmatNya.

oom nak ingatkan diri oom dan hamzah dan anas utk sentiasa mengejar ilmu, meningkat kan intelectuality, memerhatikan alam dan manusia dan membaiki diri hasil dari semua ni. Allah kata, semua yang Dia ciptakan ada lah petunjuk kepada orang yang berfikir.

oom sayang dengan hamzah dan anas. tak lupa juga nenek, umi, aunty sarah, abi, abah, mak dan semua yang lain.

tak sabar nak jumpa hamzah dan anas. doakan oom sejahtera kat sini ye..

selalulah kita berdoa dan mendoakan

Oom,
bristol

2 comments:

Muhd Aizuddin Ali said...

salam. i thought you'd forget me already. can you give me your email? i want to know more about your life there.

brightlight said...

my email
abdazim81@yahoo.com

send my salam to your parents