Thursday 19 February 2009

fresh

Assalamu'alaikum wrt

Aunty along banyak berfikir especially apabila dalam perjalanan pergi atau balik usrah yg di luar cardiff. Perjalanan dalam train lebih kurang sejam memberi ruang banyak utk berfikir. Aunty along ni tak leh membaca kalau dalam kereta atau train. nanti pening kepala.

Sepatutnya semakin lama kita di jalan dakwah tarbiah, hati kita semakin hampir dengan Allah kan. sebab dakwah yg ikhlas merupakan ibadah yg sepatutnya menjaga iman dan mensucikan hati kita. cuma aunty along khuatiri apabila semakin "lama" di jalan ini, kita membentuk satu pola pemikiran, perasaan yang menyebabkan kita akan kurang selesa dengan cara yg lain daripada kebiasaan kita.

susah untuk digambarkan dengan perkataan. kita semua mungkin pernah melaluinya. sebab tu, aunty along rasa sangat penting untuk kita diberi peringatan tentang apa tujuan asal kita melalui sistem tarbiyah. Kefahaman Islam yg benar yg membentuk keimanan yg mengesan dalam jiwa yg menatijahkan amal soleh. Kita nak menuju syurga dan redha Allah.

Aunty along bersyukur kerana sentiasa dikelilingi oleh adik-adik yang "fresh". Semangat untuk mencari dan mengamalkan Islam sangat menginsafkan aunty along. Ia menjadi satu tazkirah dan ubat buat diri aunty along.

setakat ni dulu... sekadar perkongsian rasa di jalan dakwah.

2 comments:

`Ain said...

salam,
alomg,ain rasa apa yg along rasa.walaupun, maybe tak sama.

Muhd Aizuddin Ali said...

Salam...

Finally, after searching for a long time, I finally found you guys.

Abg Azim, Kak Long, how are you? I miss u guys...

Kak Long tak sempat kenal ana time wedding hari tu...