Friday, 2 October 2009

dulu kita miskin tapi bahagia (2/4)

salam sayang untuk hamzah dan anas.

omm sambungkan penulisan ummi dulu2. ini the first part

Assalamualaikum

Masa mula-mula masuk sekolah menengah (1992 – menumpang di SRI Al-Amin tmn
keramat) rasa nervous juga sebab rasa banyak kena meet with people’s
expectation. Banyak perubahan2 yang mesti dibuat sebab kita dituntut untuk jadi
lebih dewasa, segala tingkah laku dan penampilan kita lebih diperhatikan
terutama oleh cikgu2 dan adik2.

Yang ana ingat, sejak masuk sekolah menengah, kami jadi lebih independent. Semua
kami kena buat sendiri sebab masa tu kami miskin, kami tak mampu upah orang
bersihkan sekolah etc. semua kami lakukan sendiri sebab bilangan cikgu sangat
kecil, mereka menumpukan pada akademik, jadi yang extra akademik kami buat
sendiri. Apa yang kami rasa nak buat, kami buat sendiri. Kami menentukan sendiri
aktiviti apa yang kami nak buat sepanjang tahun tu. Masa tu rasa daya inisiatif
tu sangat tinggi. Kami buat planning sendiri sesama kami, bentangkan dan dptkan
persetujuan cikgu2, lepas tu kami work on it sampai tahap pelaksanaan. Bila
macam tu, dapat rasa sense of achievement dan kepuasan yang tak ternilai. It’s
amazing to discover the ability yang kami ada. Kami pun tak sangka boleh buat
semua tu. Bila kita berada dalam desperation, we are left to come up with any
thing, kita jadi lebih kreatif. We never know the potential yang kita ada, until
kita dibiar sendiri. Mungkin masa tu, cikgu2 tak campur sangat dalam aktiviti
pelajar, is part of tarbiyah. Mereka mendidik kita supaya independent.

Kami buat meja belajar, paku sendiri, cat sendiri, satu meja buat berdua. Kalau
banin, mereka lebih kreatif, ada yang buat laci siap dengan penutupnya. Walaupun
susah, walaupun penat, kami rasa adventure. Masa tu Syabab Kembara baru nak
establish. Langkah pertama yang kami ambil adalah mengumpulkan duit. Mak bapak
tak mampu nak bagi derma, sebab kami miskin. Kami buat kerja, ambil upah dan
buat jualan untuk cari duit. Kami pergi dari rumah ke rumah menawarkan
perkhidmatan, kalau banat buat kerja2 rumah macam basuh pinggan, lipat kain,
bersihkan kebun sampai kepada kopek ikan bilis. Kalau banin, cuci kereta, sapu
halaman dll. Alhamdulillah, kami dapat beli 8 khemah dan peralatan camping lain
hasil titik peluh kami sendiri. Kami jaga khemah tu baik2, basuh bersih2, jemur
sampai betul2 kering, pokoknya maintainancenya kami cukup jaga. Sebab kami tahu
benda2 tu susah kami nak dapatkan.

Syabab was everything at the time. Assembly pakai command syabab, kumpulan
syabab tu juga merupakan kumpulan usrah. Guru kumpulan syabab jugalah naqib
usrah. Jadi aktiviti kami selalu berada di bawah pengaruh syabab. Ketepatan
waktu cukup kami jaga, disiplin selalu dititik beratkan, kami jadi tough dan
tahan lasak. Mungkin sebab tu, sebahagian besar banat agak ‘ganas’. Persatuan
lain belum ada, tumpuan kami hanya pada syabab dan usrah, dan ukhuwwah islamiyah
mula berputik di situ.

Mungkin kakak2 dan abang2 first batch lebih memahami aspek ukhuwah ini. Masa
mereka form one, al-amin jadi sekolah asrama penuh bergabung dengan pelajar2
dari sekolah hira’. Mereka lebih berhak untuk cerita hal tersebut. We became
very close antara ahli2 dalam kumpulan dan juga terhadap naqib kami. Ana ingat,
kami sanagt excited kalau nak pergi usrah. Kami belajar buku madza ya’ni
intima-I lil islam by fathi yakan dan ilmu2 lain. Perbincangan kami sangat
interesting. Kami juga belajar masak tomyam, belajar buat karipap dan roti canai
dll. Ada games dan makan2. usrah tu sangat dinamik dan best. Jadi rapat antara
ahli dan naqib. Kalau mabit utk qiyam, tidur dalam satu kumpulan, kalau camping
tidur dalam satu khemah, masak sama2, angkat air sama2, mandi sama2, makan satu
dulang, and what not, semuanya kami buat sama2, semuanya kami share bersama.
Sebab masa tu kami miskin, semua kena jimat2 dan kongsi2.

Dan perkara itulah yang menyuburkan ukhuwwah antara kami. Ikatan ukhuwwah inilah
yang menjaga kami hingga hari ini, untuk tetap istiqamah di jalan ini. Mereka
yang kurang berukhuwwah, kami dapati, melepaskan diri dari jalan ini.
Sesungguhnya ikatan ukhuwwah islamiyah adalah ikatan iman, ikatan aqidah. Dalam
surah ali imran (3) ayat 103 dan surah al-hijr (15) ayat 47; dikaitkan
persaudaraan dengan berpegang pada tali Allah dan taqwa. Semoga kita semua dapat
bersaudara dan saling menjaga iman…. Still continuing…

Kak Aisyah
Jan 20, 2001
Johor Bahru

Assalamualaikum,
Walaupun kami baru form 1, kami banyak didedahkan kepada aktiviti kerohanian.
Antara yang paling memberi kesan pada ana ialah I’tikaf, Qiyamullail dan
Ramadhan Camp. Ana masih ingat ustaz hamid cakap, “kalau rasa tak boleh nak
khusyu’, buat2 khusyu’ nanti insya allah jadi khusyu’ betul, kalau rasa susah
nak nangis, buat2 dulu, nanti jadi betul”. Hati budak2 masih keras, susah nak
rasa rendah diri, susah nak rasa khauf dan raja’ pada Allah, kami ikut saranan
ustaz. And to my amazement, towards the end of our solah dan du’a, kami menangis
tersedu2. Perasaan tu sangat ni’mat yang tak bisa lagi ana ungkapkan.

Alhamdulillah tahun 1993, masa ana form 2 kita mampu mempunyai bangunan sendiri
(masih share dengan sek rendah). Semuanya hasil infaq pakcik2 dan makcik2, hasil
pengorbanan mak bapak kita dan cikgu2 kita. Tapak sekolah kita was once a rubber
plantation. Ana masih ingat kami bergotong royong membersihkan semak2 dengan mak
bapak, adik-beradik kami, para cikgu, pakcik2 dan makcik2. Semangat kekeluargaan
tu sangat erat. Kami tebang pokok sendiri, cabut semak2, bersih2 sendiri sebab
kami belum mampu nak upah orang. Sejak dari situlah rasa memiliki dan izzah
terhadap al-amin mulai tumbuh.

Masa mula2 sekolah, letrik belum ada. Tapi tak lama lepas tu, kami dapat bekalan
letrik. Air selalu tak keluar dari paip, jadi ada beberapa kali kami ambil
wudhu’ di sungai pusu tu (masa tu airnya jernih dan bersih). Kawasan sekolah
kita tak seluas sekarang, tanah kita Cuma sampai batas walk way antara sek
rendah dan sek menengah. Jadi waktu pj we use to play netball di padang depan
(sekarang jadi pencawang tnb). Kalau banin, diorang main bola sepak di padang
kat kampung india depan tu.

Kebanyakan kami tinggal di keramat, jadi setiap pagi kami ke al-amin di sungai
pusu naik bas sekolah. Setiap pagi bila bas masuk simpang ke kiri (kawasan depan
pencawang tnb), kami dapat lihat puncak bumbung bangunan sekolah (sekarang
bangunan sek rendah). Pada saat tu, deep inside ana rasa excited yet proud of my
beloved al-amin. This is my al-amin, our al-amin. It is more than just a
school. It’s the place where we grow and learn about life. Kami ditanamkan
dengan ‘ulum alat, ‘ulum diniyah dan nilai islam. Tempat yang mendidik dan
membangun syakhsiyah. Tempat kami dibekalkan dengan ketrampilan islam,
kemahiran2 sosial, dan bekalan2 lain sebelum kami keluar mewarnakan masyarakat
dengan warna islam. Perasaan2 tu ana rasakan setiap pagi without fail.


Kami betul2 enjoy coming to school everyday. Kami selalu juga stay back kat
sekolah meeting, bersihkan kelas, bersihkan sekolah, kemas stor, main kompang,
etc. we just love being at the school. Bila dah petang kami jalan lintas sungai
dan kampung kat belakang tu naik bas len seng 174 sampai chow kit, lepas tu
sambung bas ke keramat. Kami travel ke mana2pun naik bas. Takde rasa berat atau
malas atau susah. Sebab rasa izzah tu mengatasi semuanya.

Ada at one time, kami inisiatif untuk ikut pertandingan netball sek2 menengah
anjuran sebuah majalah bertempat di USM penang. Setiap petang kami practice.
Sebelum kami berangkat kami minta motivasi dari mudir. The whole team bersila
memenuhi ruang office ust megat amin. Beliau memberikan semangat dan dukungan.
Kami berangkat ke penang dengan penuh confident. Alhamdulillah walaupun tak
dapat apa2 hadiah, kami dapat tempat ke 5 dari keseluruhan.

Kemudian kami harus menghadapi pmr. Kami belajar bersungguh2 dengan tunjuk ajar
para guru. Kami sangat menjaga hubungan baik dengan cikgu2 sebab we believe
keridhaan guru adalah salah satu faktor penting yang menentukan kejayaan.
Towards the end nak dekat2 periksa, kami stay/tinggal di perpustakaan untuk
belajar dengan lebih intensif. Masa tu rasa sangat semangat perjuangan bersama.
Alhamdulillah keputusan pmr yang keluar sangat memuaskan. Kami bersyukur kepada
Allah.

Lepas pmr, kami menerima banyak tawaran2; jadi baby-sitter, jadi fasilitator utk
JIM outdoor-venture, bawa adik2 sekolah rendah camping, jadi fasilitator utk
PERKASA, dapat stall utk jualan dan banyak lagi. 10% dari upah yang kami dapat
tu kami infaqkan dalam tabung syabab. Banyak lagi aktiviti2 yang kami jalankan.
Semuanya memperkaya pengalaman dan kemahiran. Pengalaman2 tu semua kami dapat di
al-amin, the same al-amin yang sekarang adik2 tempati. Sekarang dengan segala
kemudahan yang ada, kondisi keuangan yang memungkinkan dan banyak lagi
kelebihan2 lagi, yang tak terdapat pada masa kami, adik2 sepatutnya lebih boleh
beraktiviti dan lebih banyak menimba pengalaman.

Yang penting mesti ada rasa memiliki dan izzah terhadap al-amin, terhadap islam.
Bila ada rasa tu, kita akan rasa nak buat baik selalu, tak sanggup nak lakukan
sesuatu yang mencemar. Inner control tulah sebenarnya yang paling kuat. Sekolah
boleh buat banyak peraturan, tapi kalau orang tak nak ikut, tak guna juga.
Firman Allah dalam surah Ar-Ra’du (13): 11; Allah tak akan mengubah sesuatu
kaum sehingga mereka mengubah keadaan mereka sendiri. Di sini dituntut inisiatif
dan kemahuan yang kuat untuk berubah kepada perkara yang lebih baik. Wallahu
a’lam. Kemudian kami meneruskan ke menengah atas…

Kak Aisyah
Jan 21, 2001
Waiting Lounge, Changi Airport

Friday, 12 June 2009

Aunty Along balik dulu

Assalamu'alaikum

Aunty along terpaksa balik dulu sebab kena masuk makmal. Walaupun sekejap, tp aunty along tetap bersyukur dan happy sebab dpt jumpa adik-adik yg lain. semoga pertemuan diberkati ilahi. InsyaAllah lepas ni ada program lain. Looking fwd nak pergi Daurah BM, Summer Camp UK, danPerkemas. InsyaAllah Ahad ni rombongan umrah seliaan MSM akan berlepas ke Jeddah. Semoga ianya sentiasa di bawah lindungan Allah.

Summer Camp Eire

Assalamu'alaikum wrt

Camping diadakan dari 6-10 Jun. Alhamdulillah Omm dapat pergi semua, tp aunty along terpaksa balik awal sebab kena buat kerja di makmal. Dah lama juga aunty along tak bermukhayyam ni. Sedih gak sebab tak dapat join dari awal hingga akhir. Tp Allah jua merancang dan itulah yg terbaik. Camping ni bukan sekadar untuk suka-suka aktiviti lasak. Ianya sebahagian daripada program penting untuk tarbiah diri.



Thursday, 11 June 2009

Naik feri

Assalamu'alaikum wrt
Pada 5 June lepas Aunty Along menemani Oom ke Cork, Ireland sebab ada Summer Camp Eire Kami pergi menaiki feri dari Pembrokeshire. Walaupun agak jauh... tp itulah kali pertama Aunty Along naik feri Alhamdulillah.





Omm berjaulah ukhuwwah

Assalamu'alaikum wrt

Hari Khamis lepas (4 June) Oom telah berjalan ke Cornwall bersama adik-adik usrah. Alhamdulillah selepas semua habis exam... inilah masa untuk melepaskan penat study sambil menguatkan ukhuwwah sesama kita. Bersama trip tu adalah Rais, Syafiz, AmruQais dan Fairuz. Tahun ni Pakcik Rais dan Syafiz telah tamat pengajian mereka setelah 3 tahun berjuang. Sempat singgah di Plymouth untuk berjumpa Uncle Tiger and Uncle Lion (Arif dan Basyir).






Thursday, 28 May 2009

My teacher

Assalamualaikum wbt.

Oom selalu terfikir, macamana manusia boleh jadi kejam dan tidak berperasaan. oom ingat benda-benda macam ni jadi kat US je. kita selalu marah US dan George Bush bila dia tangkap muslim dan dimasukkan ke guantanamo bay tanpa bicara. kita selalu tanya adakah mereka benar benar bersalah. kalau benar bersalah, bicarakan.

oom nak cerita kat hamzah dan anas kisah cikgu Laila dan suaminya. cikgu laila ni kenal oom sejak oom kecil lagi, tepatnya masa kat oom duduk kat ipoh. masa tu oom umur 3-4 tahun. kemudian bila oom pindah kl dia mengajar oom bahasa inggeris kat sekolah Al-Amin.

cikgu orang yang peramah. dia selalu "paksa" oom cakap english bila terserempak/berselisih masa kat sekolah atau kat luar.

oom doakan cikgu selalu tabah dan thabat.

oom juga selalu kagum dan selalu menjadikan cikgu sebagai ikon ketabahan seorang isteri. semoga pengorbanan cikgu dikira Allah sebagai ibadah kepadanya.

Oom kongsikan tulisan pakcik Syed dalam emailnya...


Salam,
Salam takziah di atas pemergian ke rahmatullah ibu kepada Mat Sah Mohamad Satray dan ibu mertua kepada Cikgu Norlaila Othman. Sejak Mat Sah ditahan di bawah ISA sejak lebih 7 tahun yang lepas, ibu yang menyayangi anaknya itu tidak sempat melihat anaknya dibebaskan.
Beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir tanpa anak disisi...dipisahkan oleh kezaliman ISA pada jam 8.30 pagi 27 Mei 2009. Walaupun mereka sempat bertemu beberapa hari lepas tetapi ia tetap tidak sama jika semua tahu Mat Sah boleh datang ziarah ibunya bila-bila masa tanpa diiringi SB, tanpa ditetapkan dan dihadkan waktu.
Semalam, saya telah ke rumah Pakcik Mohamad Satray menziarahi jenazah. Menzahirkan simpati saya kepada Cikgu Norlaila dan kepada pakcik. Saya cuma mendengar kata-kata pakcik. Katanya, beliau terkilan kerana tidur pada malam sebelum itu sedangkan arwah yang kabur matanya seolah-olah memberi petanda dengan tidak semena-mena boleh melihat, menegur pakcik yang pergi ke bilik air walaupun lampu tidak dipasang.
Berulang kali pakcik katakan kepada saya, "kenapalah malam itu pakcik tidur...kenapalah? ". Saya jawab ringkas untuk menenangkannya, "Itu semua ketentuan Allah pakcik, Allah lebih mengetahui, Allah Maha Besar...Allah lebih sayang makcik".
Pakcik terdiam sebentar selepas itu tetapi terus menyuarakan rasa tidak senangnya dengan penahanan berterusan anaknya, Mat Sah. "Saya tetap tunggu dia balik tengok jenazah emaknya, barulah hantar ke kubur", tegas pakcik. Masa itu jam 1.30 tengahari.
Saya lalu berpesan kepada pakcik, "Nanti pakcik mintak dengan polis SB supaya beri peluang Mat Sah jumpa ibunya, ikut jenazah ke kubur dan bawa semula ke rumah pada malamnya untuk majlis tahlil...pakcik kena mintak". Bagi saya, ini bukan lagi permohonan tapi tuntutan.
Alhamdulillah saya sempat mengimamkan solat zohor dan kemudian bersama-sama solat jenazah berjamaah. Namun saya tidak dapat menanti kepulangan Mat Sah atau mengiringi jenazah ke tanah perkuburan kerana ada urusan tugas. Saya cuma berpesan kepada Sdr Suhaimi Mokhtar (bekas tahanan ISA yang dibebaskan Januari lepas) dan kepada Pakcik untuk sampaikan salam saya kepada Mat Sah. Pakcik mengucapkan terima kasih kerana mengimamkan solat zohor dan di atas usaha yang dilakukan oleh GMI.
Sejak beberapa tahun ini, sudah banyak insiden begini yang saya alami. Dulu Sdr Nasaruddin Nasir (masa itu tahanan ISA, sekarang sudah bebas) kehilangan ibunya semasa dalam tahanan. Sedih melihat beliau dibawa balik oleh SB dan diberikan masa yang amat terhad bersama keluarga.
Kemudian kisah yang sangat menyedihkan, Sdr Shahrial Sirin (masa itu tahanan ISA, sekarang dibebaskan tetapi di 'deport' ke Indonesia) tidak sempat mendampingi anaknya, Aina Mardhiah yang nazak. Beliau hanya tiba dari kem kamunting setelah anaknya meninggal dunia...setelah jatuh sakit selama lebih 48 jam.
Apakah kesalahan mereka sehingga diperlakukan demikian...ditahan bertahun-tahun sehingga lebih 7 tahun seperti Mat Sah? Mereka merompak? Mereka membunuh? Mereka mengangkat senjata? Mereka menyeludup dadah? Kesalahan mereka tidak pernah dibicarakan mahupun dibuktikan tetapi mereka didapati bersalah dan dihukum bertahun-tahun. Dalam tempoh itu, anak membesar, ibu meninggal, ayah telah pergi...isteri bercerai. Siapakah yang bertanggungjawab?
Sebab itulah undang-undang begini...ISA tidak boleh dibiarkan wujud. Menjaga keselamatan negara tidak membenarkan kezaliman dan ketidakadilan sewenang-wenangnya. Hanya kerana ianya undang-undang sah, maka apa sahaja boleh dilakukan walaupun menzalimi, menyeksa dan mencabuli hak insan?
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas ruh ibu Mat Sah dan dimasukkan ke dalam golongan orang-orang soleh. Semoga jiwa-jiwa yang sayangkan keadilan dan benci kezaliman akan bangkit menegakkan yang hak dan mencegah kebatilan.
Syed Ibrahim Alhabshi

Monday, 2 March 2009

Tempat Spring Camp 2009