Thursday 26 February 2009

syahadatul haq

Assalamualaikum wbt.

kaifa asbah tum ya ikhwati wa akhawati fillah? asbahna 'ala fithratil islam, wa kalimatil ikhlash, wa 'ala dinin Nabiyyina Muhammad...

Semoga ikhwah dan akhawat semua dalam keadaan sihat sejahtera, iman, fizikal, studies dan ibadah antum.

nak tulis pendek, tapi terpanjang pulak. kalau ada masa pls read through

semalam dalam usrah kami berbincang tajuk syarat2 diterima syahadah. ada 7 syarat semua sekali. kalau kita menunaikan semua syarat2 ni, barulah dikira lengkap keimanan kita.

1. yang pertama adalah ilmu yang menafikan kejahilan. kita mesti terus menggali dan mencari ilmu tentang iman. dari ilmu barulah timbul percaya. contohnya kalau kita tahu bentuk-likat dan pekat , warna seakan akan kekuningan dan rasa yang sangat manis, maka kita akan beriman bahawa perkara tersebut adalah madu. apabila kita terjumpa bernda lain yang orang kata adalah madu, tapi tak memenuhi ciri-ciri tadi, maka kita akan menolak, dan meyakini bahawa ini bukan madu.

Ilmu yang kita ada tentang iman sangat crucial. kalau kita nak buat bangunan, sudah pasti kita akan menyediakan foundation yang sesuai utk bangunan tersebut. maka, ilmu tentang foundation (sebagai contoh: bangunan setinggi 4 tingkat yang mahu dibina di kawasan bertanah liat, memerlukan cerucuk sedalam 50 meter) adalah essential. kalau ilmu kita salah tentang foundation ini, bangunan berisiko untuk runtuh.

Ilmu tauhid, Uluhiyyah nya, rububiyyahnya, asma dan Sifat nya harus senantiasa kita perdalami dan senantiasa ulangkaji sepanjang hidup kita.
bilamana kita sedang menyediakan adik2 kita utk bergerak sebagai dai, inilah juga bekalannya.. .. ilmu yang menafikan kejahilan
boleh rujuk Qur'an, surah 47:19 dan 3:18

2. yang kedua adalah keyakinan yang menafikan sebarang ragu-ragu. dalam ayat yang kita bacakan setiap hari dalam ma'thurat kita, permulaan surah al baqarah-

"alif lam mim, inilah Kitab yang tiada keraguan padanya. petunjuk bagi orang yang bertakwa"

surah 32: 24 "dan kami jadikan diantara mereka pemimpin2pemimpin yang memberi petunjuk dengan perintah kami ketika mereka sabar. dan adalah mereka meyakini ayat-ayat kami"

sudah pasti sebagai da'i kita mahu termasuk dalam golongan pemimpin yang bertaqwa. bukankan kita sering berdoa memohon Allah menjadikan kita sebagai pemimpin orang bertaqwa?

Rabbana hablana min azwaajina wa zurriyyatina qurrata a'yun waja'alna lil Muttaqiina Imaama.

keyakinan kita tentang keesaan Allah dan kekuasaannya menghasilkan seorang dai yang istiqomah, tajarrud dan ikhlas. manakan tidak, kita meyakini bahawa setiap perbuatan kita diperhatikan oleh Allah, bahkan apa yang terkandung didalam hati pun Allah sentiasa memerhatikan. Allah lebih dekat dengan hati manusia dari manusia itu sendiri.

"... ketahuilah bahawa Allah membatasi diantara manusia dan hatinya.." 8:24

keyakinan kita terhadap hari akhirat akan menghasilkan kita yang sentiasa beramal untuk memberatkan timbangan kebaikan kita nanti di padang mahsyar. akhirat adalah tempat tujuan kita. dunia sangat sementara. da'i adalah orang yang sangat zuhud dengan dunianya. tiada terasa langsung keterikatan hati terhadap apa yang dimilikinya.

" bekerjalah untuk dunia seperti kamu hidup selamanya, bekerjalah utk akhirat seperti kamu akan mati esok hari"

keyakinan hanya akan tercapai dengan syarat yang pertama diatas. kalau tidak, keyakinan yang membuta boleh membawa kita ke arah kesesatan. Na'uzubillahi min zalik.

3. syarat ketiga adalah keikhlasan yang menolak kemusyrikan. boleh rujuk semula catatan usrah antum ttg tafsir surah al-ikhlas. kalau belum lalu lagi tafsir ni, minta next week bincangkan dalam usrah.

syahadah hanya diterima apabila ikhlas. tiada tujuan lain sedikitpun yang boleh dicampur adukkan dengan pernyataan syahadah kita. penyerahan diri secara total hanya kepada Allah dan bukan lainnya, adalah ikhlas.

dai yang menyerahkan dirinya sepenuhnya kepada Allah, hanya akan sentiasa mengharapkan redha nya. tiada redha dari yang lain yang diharapkan. keikhlasan menghasilkan amal yang muntij. kerana keberhasilan adalah urusan Allah. Allah hanya akan memberikan keberhasilan kepada mereka yang benar2 ikhlas.

kadangkala, atas kelalaian kita, kita merasakan urusan iman, urusan dakwah kita yang punya. maka kita bersungguh2 berkerja. di situ syaitan dengan segera membisikkan kepada kita unsur unsur ketidak ikhlasan hati. terkadang kita rasa sangat gembira dengan ' performance' kita sebagai murabbi halaqah kita. " wah, mantap jugak aku tadi masa usrah!".

tanpa mengembalikan semua urusan hidup kita kepada Allah, kita khuatiri syahadah kita tidak diterima.

" dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu (Muhammad SAW) dan nabi nabi sebelumm: Jika Kamu mempersekutukan (tuhan), nescaya akan terhapuslah amalmu dan tentulah kamu termasuk orang-orang yang rugi" 39:65

dalam surah al kahfi ayat 110,

"... Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya, maka hendaklah dia mengerjakan amal yang saleh dan janganlah engkau mempersekutukan seorangpun dalam beribadat kepada tuhannya.

4. syarat keempat adalah Benar yang menolak Dusta.

bila kita bercakap tentang As-Sidqu, pasti Nama Abu Bakar RA akan termuncul dalam benak kita. kenapa? kerana beliau lah benchmark kita untuk sifat membenarkan semua ajaran yang Ar-Rasul bawa. bahkan, ketika masyarakat terkejut dengan peristiwa "ajaib" rasul pergi ke masjidil Aqsa dalam satu malam, (usah sebut lah pasal naik ke langit, pasti lebih menggelengkan kepala dalam ketidak percayaan!) Abu Bakr, tanpa perlu menyoal Ar Rasul, terus mengatakan bahawa benar apa yang di ceritakan.

SubhanaLlah, alangkah indahnya kalau kita semua mampu menjadi Abu Bakr. keyakinan beliau terhadap Allah dan Rasul, menghasilkan sifat membenarkan yang sangat tinggi.

kalau dalam tafsir surah Alfatihah, kita membacakan, memohon Allah menunjukkan jalan yang lurus, yaitu jalan orang yang diberi ni'mat. mereka ini ditafsirkan dalam ayat yang lain, ana tak ingat surahnya,

"...mereka yang diberi nikmat keatasnya dari nabi-nabi, mereka yang membenarkan, para syuhada dan orang-orang soleh..."

dalam surah al ahzab, 33: 23-24 Allah menceritakan tentang orang yang tak pergi perang badar dan kemudian bertaubat dan berjanji utk ke uhud. mereka telah menunaikan/ membenarkan janji nya dengan Allah. dan mereka juga mendapat balasan yang sebaiknya dari Allah azza wa jalla.

sifat mereka yang benar akan sentiasa mengajak manusia ke syurga. org yang mengajak ke neraka adalah orang yang dusta dan palsu, mereka tidak pun mengetahui bahawa keseronokan yang sementara itu palsu belaka.

bukankah kita sedang membawa risalah kebenaran. harus ada izzah dengan kebenaran dan ada simpati dan empati terhadap mereka yang masih belum melihat kebenaran tersebut.

dalam jihad, hanya mereka yang benar sahaja yang mampu melangkah ke depan. ianya bukan mudah. kemungkinan kita sendiri tidak mampu untuk mengangkat tangan utk volunteer berjihad. bunyi machine gun sahaja sudah cukup menggetarkan hati kita dan membuat kita berfikir berpuluh2 kali, apakah perlu berjihad sekarang? apakah? (tiru ayat korang la ni...)

5. yang kelima adalah kecintaan yang menolak kebencian. syahadah merupakan pernyataan cinta kita kepada Allah.

adalah tidak logik bagi manusia, apatah lagi dai, utk tidak punya rasa cinta kepada Allah. Allah memberi modal kita berniaga (bagi free je) dan kemudian membeli nya semula dengan harga yang sangat mahal. kita telah memperolehi untung dua kali!

lihat sahaja pada tangan dan jari kita. betapa hebatnya ciptaan allah keatas diri kita. fikirkan juga darah yang mengalir mengisi seluruh ruang dibawah tangan kita tu... membolehkan tangan berfungsi dan deria sentuhan kita hidup. tanpa tangan ini juga, belum tentu ana sendiri boleh menaip seperti sekarang.

seluruh kehidupan kita ini bukti cinta Allah pada kita. bagaimana pula cinta kita kepada Allah. apakah bukti cinta2 kita kepada Allah. seorang wanita yang mabuk cinta, selalu ditanya oleh boyfriend nya, apakah bukti cinta kau kepada ku? sanggupkah kau menyerahkan tubuh mu kepada ku?

bukti cinta kita kepada Allah adalah dengan sujud dan rukuknya kita di kala tiada siapa yang tahu. menangisnya kita mengenang dosa-dosa. berusaha bersungguh-sungguh mengajak orang lain mencintai Allah. bukankah kerja dakwah kita ini sebenarnya menyebarkan cinta?

" ... wallazina aamanu ASYADDU hubban lillah..." 2:165
maksudnya, mereka yang beriman sangat dahsyat cintanya kepada Allah!

Ya Allah, Kami cinta padamu......

6. syarat keenam pula adalah penerimaan yang menafikan sebarang penolakan.

muslim secara mutlak menerima segala tuntutan syahadah. tidak ada langsung rasa berat ataupun terpaksa melakukan sebarang suruhan Allah dan meninggalkan larangannya. kita tidak punya pilihan lain kecuali menerima, tunduk dan patuh dan taat kepada Allah dan rasul.

" sesungguhnya jawapan orang mukmin, bila mereka dipanggil kepada Allah dan Rasulnya agar mengadili diantara mereka ialah ucapan ' kami mendengar dan kami taat', dan mereka itulah orang-orang yang beruntung." 24:51

tunduk dan patuh pada Allah dan Rasul merupakan satu keuntungan. bukan kerugian. we have nothing to lose anyway. jasad dan ruh kita milik Allah. tidakkah sepatutnya ianya juga digunakan utk jalan Allah?

7. akhir sekali, syarat yang ke tujuh adalah perlaksaan amal yang menafikan sikap statik dan tiada amal.

ikhwah dan akhawat fillah, iman kita merupakan kebenaran dalam hati, pernyataan dengan lidah dan pembuktian dengan amal.

amal-amal dakwah yang ikhwah dan akhawat buat sekarang ini adalah merupakan pembuktian aqidah kita. mereka yang mengira bahawa mereka telah beriman dan kemudiannya duduk statik tanpa melakukan amal sebenarnya masih ada cacat pada imannya.

kita merupakan tentera akidah dan fikrah. segala bentuk amal bermula dengan pernyataan syahadah. kemudian syahadah itu ditranslate dalam bentuk fikrah. dan fikrah di terjemah dalam bentuk amal.

amal fardi dan kerja dakwah kita yang tersusun adalah hasil dari aqidah yang sejahtera. sebab itu dalam fikrah kita penekanan terhadap aqidah adalah sangat immense. sentiasa tajuk aqidah menjadi perbincangan. ini kerana aqidah kita menghasilkan amal dan sentiasa menyalakan semangat untuk bekerja.

dalam 10 tahun ana mengikuti tarbiyah ini, dari mula sampailah sekarang tajuk2 nya berkisar tentang aqidah jua. ana sekarang sedang mengulangkaji buku Fiqh dakwah karangan mustafa masyhur. ada dua jilid dan satu jilidnya ada 500+ mukasurat. dari awal hinggalah akhir, almarhum ustaz mustafa pasti mengaitkan aqidah dengan amal dakwah.

" dan katakanlah: BEKERJALAH kamu, maka Allah dan Rasulnya serta orang2 mukmin akan melihat pekerjaan mu itu. dan kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakannya kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan" 9:105

tiada alasan untuk kita bersikap statik lagi. banyak kerja yang kena dibuat.

"dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah/kerosakan dan semua deen(cara hidup) hanyalah untuk Allah" 8:39

betapa ramai yang masih lemah dan lalai, hatta dalam perkara-perkara asas pun. tugas kita tidak akan selesai, kecuali semua telah muslim!

dengan ramainya manusia, banyaknya ragam. setiap potensi kita harus dikembangkan ke tahap maksimum.

tidak semua orang boleh masuk usrah. tidak semua orang boleh mendengar 'doktrin'. tidak kurang yang sangat ego dan tidak mahu belajar lagi ilmu agama yang sudah dia belajar kat sekolah dulu.

biar amal kita mencakup semua ruang yang ada. kita yakin bahawa kerja PEMBINAAN MANUSIA ADALAH KERJA BESAR KITA, kita juga tidak harus lupa bahawa kita harus menyediakan lingkungan untuk mereka hidup. pepatah arab mengatakan bahawa manusia adalah anak lingkungan.

biah yang soleh perlu kita wujudkan. alternatif hiburan perlu kita sediakan. biar mereka melihat bahawa warna warni islam sangat indah! kita pun suka juga kan.

kesimpulan

kalau kita sudah memenuhi syarat-syarat diterimanya syahadah kita tadi, bergembiralah. kerana Allah pasti redha dengan kita. RadhiaLlahu 'anhum wa radhu 'anh

ini ikrar kita setiap pagi, kami redha Allah sebagai Tuhan kami, kami redha Muhammad sebagai Rasul kami dan kami Redha Islam sebagai agama kami...


waLlahu a'lam, semoga kita terus menerus memperbaharui syahadah kita dan terus beramal

abdul azim ismail
bristol-hari last kot....

3 comments:

Muhd Aizuddin Ali said...

teringat zaman usrah dengan abang dulu...

brightlight said...

bila nak join balik?

Muhd Aizuddin Ali said...

join balik? ana tak pernah berhenti sejak pindah uia kuantan ni... abang tau tak ana pindah uia kuantan? mesti tak tau... sekarang ana dengan dr. fauzi, rasanya abang kenal... agaknyalah..