Saturday 14 February 2009

Doa

Assalamu'alaikum wrt

Semalam masa aunty along dalam lab... sambil-sambil tunggu amik data, aunty along baca sikit tentang tafsir surah alanfaal ayat 9-14. MasyaAllah dan alhamdulillah byk peringatan yg aunty along dapat.

Secara umumnya ayat 9-14 berkisar tentang pertolongan Allah semasa Perang Badar. Cuma di sini aunty along nak kongsikan tentang berdoa.

Kita diwajibkan untuk berdoa dan perlu rasa rendah hati (dan dijauhkan sombong dan takabbur) bahawa segala kejayaan (dalam usaha dakwah, tarbiah dan kehidupan) ini adalah datangnya dari Allah swt.

Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.(40:60)


Tirmizi telah meriwayatkan dgn sanadnya dari Abu Hurairah ra, bahawa Rasulullah SAW telah menegaskan bahawa:
"Orang yang tidak mahu meminta kepada Allah, akan dibenci oleh Allah"


Berdoa (serta berusaha dan membuat persiapan) merupakan sebahagian drp tanda keimanan yg sempurna. Pertolongan Allah tu sangat dekat!! Allah swt tidak akan membiarkan kekasihNya dan pendukung setiaNya diterkam musuh kecuali utk menguji. Kemudian Allah membuka jalan kepada perolonganNya dan kemenangan.

Begitulah sedikit perkongsian buat kali ini. Semoga ianya bermanfaat. Sama-samalah kita perbaiki dan muhasabah diri. Takut-takut amal kita sia-sia disebabkan kesombongan hati kita (Na'uzubillahi min zalik).


Ni anak aunty angah (1st baby daripada keluarga sebelah aunty along). Aunty along doakan Dhiya Safiya menjadi anak yg solehah serta menjadi pewaris perjuangan umat

Ni foto favourite aunty along. Oom amik masa stranded kat airport Bristol hari tu

1 comment:

`Ain said...

cute nye anak angah.mcm muka dia aje irasnye. along try la dpt baby kat cardiff?insya Allah,