Tuesday 9 December 2008

motivasi

أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ
وَوَضَعْنَا عَنكَ وِزْرَكَ
الَّذِي أَنقَضَ ظَهْرَكَ
وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ
فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
فَإِذَا فَرَغْتَ فَانصَبْ
وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَبْ
Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk) ?
Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam)
Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?
Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),
Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).

sedikit perkongsian catatan.
  1. Rasulullah mengalami kesulitan dan kesulitan dalam usaha dakwahnya. pelbagai dugaan dan halangan. rasa dada sesak memikul beban tugas dakwah yg berat.
  2. Ayat 1-4:
  3. Allah melapang dada baginda dan memberi kemudahan untuk melaksanakan tugas; ie: melalui penurunan wahyu; menerangkan hakikat sesuatu perkara; melembutkan hati manusia.
  4. Allah mengangkat dan memuliakan nabi di kalangan penduduk langit dan bumi dan dicintai manusia sepanjang zaman.
  5. Ayat 5-6:
  6. Pengulangan ayat menunjukkan betapa Rasulullah dalam keadaan yg sangat susah.
  7. kesenangan sentiasa menemani kesusahanan; ie: roda kehidupan.
  8. Ayat 7-8:
  9. Allah suruh kita teruskan usaha
  10. kepada Allah kita serahkan segala penumpuan dan cinta dan perasaan.
rujukan: tafsir fi zilal

Bila aunty along baca tafsir ni... ia memberi pengajaran dan motivasi kehidupan. hidup ni pasti ada turun naiknya.. kepentingan untuk betulkan fokus kehidupan kita dan teruskan usaha...

bulan januari ni kebanyakan adik2 di cardiff, bristol dan bath akan ada exam... ada exam skala besar dan ada juga exam yg jadi penentu masa depan. Aunty along doakan semoga semuanya berjaya dan mendapat keberkatan.

aunty along plak, mungkin bulan febuari agak kritikal dgn lab work dan writting. semoga Allah memudahkan segala urusan.

kejayaan kita adalah kejayaan ummah!!!

1 comment:

Unknown said...

Seronok dapat baca tafsir dan pengisian yang Along share. alhamdullillah, memang ayat2 allah merupakan mukjizat & memberi kelapangan hati, sehingga hati 'Umar yg keras pun boleh luluh setelah mendengar ayat2 Allah.

Kakak dah 3 minggu 'membujang', Hamzah & Anas di Jakarta. Rasa sepi..., pagi tadi telefon anak2, Hamzah nangis sebab rindu kat ummi. Kalau Anas happy2 je, belum faham. iA, akhir Januari dpn anak2 nak datang KL.

Bila dah bujang, mula la cari2 kerja utk isi waktu lapang ni, biar tak teringat kat anak2. rupa2nya banyak betul kerja yg selama ni tergendala. Mudah2an, Allah beri kesempatan utk laksanakan tugas2 ni dgn sempurna. Ingat 5 sblm 5.

Oh ya, td tghr pergi walimah Ashim & Manihah. Mereka kirim salam utk Azim & Along, ikhwah-akhwat lain pun ramai juga, semua kirim salam.
Semoga ikatan pernikahan da'wah ni will stregthen da'wah & pave the way forward for the ummah. Amin

Kakak, Sri Dsara