Wednesday 24 December 2008

dulu kita miskin tapi bahagia (1/4)

Salam,

hamzah dan anas yang oom kasihi...

minggu ni oom 'bujang'. aunty along pergi glasgow. lebih kurang 9 jam perjalanan. dia sewa kereta dan drive dengan adik adik usrahnye ke sana. semoga mereka beroleh seribu satu pengalaman dan manfaat. boleh aunty along share dengan oom nanti.

bila dah sorang2 ni... banyak la masa sikit. oom cari2 email2 lama. oom terjumpa siri penulisan yang Ummi hamzah dan anas tulis masa tahun 2001 dulu. subjek yang ummi tulis ni sangat dekat di hati oom.

sekarang kita selalu bermewah. banyak duit dan mudah nak dapat, sehinggakan kita selalu hilang rasa menghargai duit tu sendiri. kita dah malas. semua boleh upah orang buat. semua nak yang bagus2 walaupun mahal. padahal kita kena selalu ingat mafhum hadith Rasulullah: "perumpamaan Mukmin dengan yang lain adalah seperti satu jasad. kalau satu anggota merasa sakit, maka akan sakitlah seluruh badan..." masih banyak saudara kita yang kesusahan dan kesempitan...

tanpa kita melihat ke belakang, kita akan hilang 'footing' kita di dunia ni. kita akan kurang menghargai jasa orang2 terdahulu dari kita.

oom harap satu hari nanti hamzah akan baca tulisan ummi ni. tiap kali oom baca, sebak hati oom. ini lah pengorbanan pakcik2 masa nak membangunkan sekolah sendiri dengan hasil titik peluh mereka...

assalamualaikum,

“dulu kita miskin tapi bahagia” seorang pelajar banat al-amin menceritakan
ungkapan seorang guru al-amin.

bila ana fikir balik, memang betulpun apa yang cikgu tu cakap. walaupun ana ni
masuk al-amin masa dj 5 (1990), tapi pengalaman sekolah di jln gurney tu sangat
memorable. kalau teman2 ana yang dari dj 1 (bahkan tadika amal) mesti lebih
banyak kenangan manis yang worth keeping.

dulu bangunan takde, rumahlah yang jadi sekolah. bilik2 tidur jadi kelas, even
garage pun dijadikan kelas. tapi pelajar concentrate dengan baik terhadap
pelajaran. tiap2 hari semangat nak datang sekolah utk belajar. sebelum mula
kelas, semua berebut nak tasmi’ hafalan masing2 masa tahfiz pukul 8 tu, kadang2
masa habis dulu sebelum cikgu tasmi’ kita satu2 yang beratur panjang ni. mungkin
kami belum mampu menjiwai apa yang kami hafal tu, tapi kami sangat bersemangat
utk menambah hafalan tiap2 hari, rasa malu kalau kita tak tambah hafalan walau
satu hari pun. kita selalu ada rasa competition utk jadi yang terbaik.

yang paling best sekali, kelas walad (istilah utk banin masa tu) dengan kelas
banat pisah. biasanya kalau pertandingan keceriaan banat selalu menang (walad
jgn marah ya). we can afford to have separate classes sebab kita tak ramai.
batas pergaulan sangat terjaga. kami rasa sangat malu kalau terpaksa bercakap
dengan walad. itupun kalau dah terpaksa sangat (urusan pengawas). rasa macam
murahan kalau walad tegur kita. tapi sekarang bilangan kita ni melimpah2, susah
nak kawal. dulu kami miskin tapi kami dapat kawal diri.

masa buat tamrin/qiyam (kami belum kenal istilah katibah), kami tidur je di
lantai kelas tu. walaupun tak selesa, kami tak complain sebab kami rasa it is
part of tarbiyah. makanan masak sendiri (masa tu baru umur 10/11 tahun) lauk
ikan kering dengan sambal dan sayur sawi masak air. kami tak complain malah rasa
puas sebab masak sendiri. masa tamrin tulah ukhuwah kami benar2 di bina. kita
betul2 kenal dengan kawan2 kita because we practically lived with them selama
tempoh tamrin tu. semuanya share. dulu kita miskin tapi bahagia.

dulu cikgu2 sangat rapat dengan muridnya, solat sama, makan sama, mainpun sama2.
cikgu2 makan satu dulang dengan kita. ustaz2 menjadi imam solat jamaah kita.
cikgu2 bersembang dengan kita masa rehat. ustaz main bola sama2 dengan kita
waktu pj. sebab para guru sedar bahawa peranan mereka bukan cuma transfer ilmu
tapi juga sebagai muaddib yang membentuk syakhsiyah muridnya. children learn as
they live. a child that lives with encouragement learns confidence. a child that
lives with sharing learns to be considerate. a child that lives with happiness
will find love and beauty. dulu kita miskin, tapi quality of relationship kita
sangat kaya.

kadang2 paip tak keluar air. terpaksalah beratur panjang utk ambil wudhu’. kalau
takde air langsung kami tayammum. sesekali, kalau hujan lebat, melimpah2 pulak
air, sampai sekolah jadi banjir. terpaksalah seharian kami kaut lumpur dan
bersihkan kelas. buku2 kat perpustakaan, semua kena jemur, musolla kena basuh
dan mop. habis kotor kasut putih dan baju sekolah. pengalaman2 tu kami dapat
sebab dulu kami miskin. kami tak complain sebab kami rasa ini ujian allah.

banyak lagi pengalaman2 yang ana tak dpat nak sebutkan detailsnya satu persatu,
but i’m sure kawan2 ana akan tersenyum sendiri bila ingat masa zaman sekolah
dulu2. kita miskin tapi bahagia. kita miskin tapi kita faham it’s part of
tarbiyah. kita miskin tapi kita dapat kawal diri. kita miskin tapi akademik kita
cemerlang. kita miskin tapi hafalan kita lancar. kita miskin tapi kita tak
pernah complain....we when through the hard years of primary school into
secondary school.... to be continued....

Kak Aisyah
2nd batch
class of 96 spm

ni masa oom darjah 4. cikgu sarimah guru kelas

ni keadaan dalam kelas. ada tetamu dari arab datang melawat

suasana dewan makan tepi blok A(banglo lama di jalan qurney)

ni masa oom tingkatan 2. cikgu Hasnah guru kelas

Camping di Pertak. oom yang amik gambar..

1 comment:

Unknown said...

Im so touched and glad that you found this posting. i cannot hold the tears that well up in my eyes. the most important thing is, you appreciate & understand the hardship we went thru & experience it moulded us into. never let 'dunya' let us go astray. life is for the hereafter and only life-long tarbiyah can keep us on this straight path. Thank you foe bringing me back the memory lane.

ummu hamzah
28 dec 2008