Friday 2 October 2009

dulu kita miskin tapi bahagia (2/4)

salam sayang untuk hamzah dan anas.

omm sambungkan penulisan ummi dulu2. ini the first part

Assalamualaikum

Masa mula-mula masuk sekolah menengah (1992 – menumpang di SRI Al-Amin tmn
keramat) rasa nervous juga sebab rasa banyak kena meet with people’s
expectation. Banyak perubahan2 yang mesti dibuat sebab kita dituntut untuk jadi
lebih dewasa, segala tingkah laku dan penampilan kita lebih diperhatikan
terutama oleh cikgu2 dan adik2.

Yang ana ingat, sejak masuk sekolah menengah, kami jadi lebih independent. Semua
kami kena buat sendiri sebab masa tu kami miskin, kami tak mampu upah orang
bersihkan sekolah etc. semua kami lakukan sendiri sebab bilangan cikgu sangat
kecil, mereka menumpukan pada akademik, jadi yang extra akademik kami buat
sendiri. Apa yang kami rasa nak buat, kami buat sendiri. Kami menentukan sendiri
aktiviti apa yang kami nak buat sepanjang tahun tu. Masa tu rasa daya inisiatif
tu sangat tinggi. Kami buat planning sendiri sesama kami, bentangkan dan dptkan
persetujuan cikgu2, lepas tu kami work on it sampai tahap pelaksanaan. Bila
macam tu, dapat rasa sense of achievement dan kepuasan yang tak ternilai. It’s
amazing to discover the ability yang kami ada. Kami pun tak sangka boleh buat
semua tu. Bila kita berada dalam desperation, we are left to come up with any
thing, kita jadi lebih kreatif. We never know the potential yang kita ada, until
kita dibiar sendiri. Mungkin masa tu, cikgu2 tak campur sangat dalam aktiviti
pelajar, is part of tarbiyah. Mereka mendidik kita supaya independent.

Kami buat meja belajar, paku sendiri, cat sendiri, satu meja buat berdua. Kalau
banin, mereka lebih kreatif, ada yang buat laci siap dengan penutupnya. Walaupun
susah, walaupun penat, kami rasa adventure. Masa tu Syabab Kembara baru nak
establish. Langkah pertama yang kami ambil adalah mengumpulkan duit. Mak bapak
tak mampu nak bagi derma, sebab kami miskin. Kami buat kerja, ambil upah dan
buat jualan untuk cari duit. Kami pergi dari rumah ke rumah menawarkan
perkhidmatan, kalau banat buat kerja2 rumah macam basuh pinggan, lipat kain,
bersihkan kebun sampai kepada kopek ikan bilis. Kalau banin, cuci kereta, sapu
halaman dll. Alhamdulillah, kami dapat beli 8 khemah dan peralatan camping lain
hasil titik peluh kami sendiri. Kami jaga khemah tu baik2, basuh bersih2, jemur
sampai betul2 kering, pokoknya maintainancenya kami cukup jaga. Sebab kami tahu
benda2 tu susah kami nak dapatkan.

Syabab was everything at the time. Assembly pakai command syabab, kumpulan
syabab tu juga merupakan kumpulan usrah. Guru kumpulan syabab jugalah naqib
usrah. Jadi aktiviti kami selalu berada di bawah pengaruh syabab. Ketepatan
waktu cukup kami jaga, disiplin selalu dititik beratkan, kami jadi tough dan
tahan lasak. Mungkin sebab tu, sebahagian besar banat agak ‘ganas’. Persatuan
lain belum ada, tumpuan kami hanya pada syabab dan usrah, dan ukhuwwah islamiyah
mula berputik di situ.

Mungkin kakak2 dan abang2 first batch lebih memahami aspek ukhuwah ini. Masa
mereka form one, al-amin jadi sekolah asrama penuh bergabung dengan pelajar2
dari sekolah hira’. Mereka lebih berhak untuk cerita hal tersebut. We became
very close antara ahli2 dalam kumpulan dan juga terhadap naqib kami. Ana ingat,
kami sanagt excited kalau nak pergi usrah. Kami belajar buku madza ya’ni
intima-I lil islam by fathi yakan dan ilmu2 lain. Perbincangan kami sangat
interesting. Kami juga belajar masak tomyam, belajar buat karipap dan roti canai
dll. Ada games dan makan2. usrah tu sangat dinamik dan best. Jadi rapat antara
ahli dan naqib. Kalau mabit utk qiyam, tidur dalam satu kumpulan, kalau camping
tidur dalam satu khemah, masak sama2, angkat air sama2, mandi sama2, makan satu
dulang, and what not, semuanya kami buat sama2, semuanya kami share bersama.
Sebab masa tu kami miskin, semua kena jimat2 dan kongsi2.

Dan perkara itulah yang menyuburkan ukhuwwah antara kami. Ikatan ukhuwwah inilah
yang menjaga kami hingga hari ini, untuk tetap istiqamah di jalan ini. Mereka
yang kurang berukhuwwah, kami dapati, melepaskan diri dari jalan ini.
Sesungguhnya ikatan ukhuwwah islamiyah adalah ikatan iman, ikatan aqidah. Dalam
surah ali imran (3) ayat 103 dan surah al-hijr (15) ayat 47; dikaitkan
persaudaraan dengan berpegang pada tali Allah dan taqwa. Semoga kita semua dapat
bersaudara dan saling menjaga iman…. Still continuing…

Kak Aisyah
Jan 20, 2001
Johor Bahru

Assalamualaikum,
Walaupun kami baru form 1, kami banyak didedahkan kepada aktiviti kerohanian.
Antara yang paling memberi kesan pada ana ialah I’tikaf, Qiyamullail dan
Ramadhan Camp. Ana masih ingat ustaz hamid cakap, “kalau rasa tak boleh nak
khusyu’, buat2 khusyu’ nanti insya allah jadi khusyu’ betul, kalau rasa susah
nak nangis, buat2 dulu, nanti jadi betul”. Hati budak2 masih keras, susah nak
rasa rendah diri, susah nak rasa khauf dan raja’ pada Allah, kami ikut saranan
ustaz. And to my amazement, towards the end of our solah dan du’a, kami menangis
tersedu2. Perasaan tu sangat ni’mat yang tak bisa lagi ana ungkapkan.

Alhamdulillah tahun 1993, masa ana form 2 kita mampu mempunyai bangunan sendiri
(masih share dengan sek rendah). Semuanya hasil infaq pakcik2 dan makcik2, hasil
pengorbanan mak bapak kita dan cikgu2 kita. Tapak sekolah kita was once a rubber
plantation. Ana masih ingat kami bergotong royong membersihkan semak2 dengan mak
bapak, adik-beradik kami, para cikgu, pakcik2 dan makcik2. Semangat kekeluargaan
tu sangat erat. Kami tebang pokok sendiri, cabut semak2, bersih2 sendiri sebab
kami belum mampu nak upah orang. Sejak dari situlah rasa memiliki dan izzah
terhadap al-amin mulai tumbuh.

Masa mula2 sekolah, letrik belum ada. Tapi tak lama lepas tu, kami dapat bekalan
letrik. Air selalu tak keluar dari paip, jadi ada beberapa kali kami ambil
wudhu’ di sungai pusu tu (masa tu airnya jernih dan bersih). Kawasan sekolah
kita tak seluas sekarang, tanah kita Cuma sampai batas walk way antara sek
rendah dan sek menengah. Jadi waktu pj we use to play netball di padang depan
(sekarang jadi pencawang tnb). Kalau banin, diorang main bola sepak di padang
kat kampung india depan tu.

Kebanyakan kami tinggal di keramat, jadi setiap pagi kami ke al-amin di sungai
pusu naik bas sekolah. Setiap pagi bila bas masuk simpang ke kiri (kawasan depan
pencawang tnb), kami dapat lihat puncak bumbung bangunan sekolah (sekarang
bangunan sek rendah). Pada saat tu, deep inside ana rasa excited yet proud of my
beloved al-amin. This is my al-amin, our al-amin. It is more than just a
school. It’s the place where we grow and learn about life. Kami ditanamkan
dengan ‘ulum alat, ‘ulum diniyah dan nilai islam. Tempat yang mendidik dan
membangun syakhsiyah. Tempat kami dibekalkan dengan ketrampilan islam,
kemahiran2 sosial, dan bekalan2 lain sebelum kami keluar mewarnakan masyarakat
dengan warna islam. Perasaan2 tu ana rasakan setiap pagi without fail.


Kami betul2 enjoy coming to school everyday. Kami selalu juga stay back kat
sekolah meeting, bersihkan kelas, bersihkan sekolah, kemas stor, main kompang,
etc. we just love being at the school. Bila dah petang kami jalan lintas sungai
dan kampung kat belakang tu naik bas len seng 174 sampai chow kit, lepas tu
sambung bas ke keramat. Kami travel ke mana2pun naik bas. Takde rasa berat atau
malas atau susah. Sebab rasa izzah tu mengatasi semuanya.

Ada at one time, kami inisiatif untuk ikut pertandingan netball sek2 menengah
anjuran sebuah majalah bertempat di USM penang. Setiap petang kami practice.
Sebelum kami berangkat kami minta motivasi dari mudir. The whole team bersila
memenuhi ruang office ust megat amin. Beliau memberikan semangat dan dukungan.
Kami berangkat ke penang dengan penuh confident. Alhamdulillah walaupun tak
dapat apa2 hadiah, kami dapat tempat ke 5 dari keseluruhan.

Kemudian kami harus menghadapi pmr. Kami belajar bersungguh2 dengan tunjuk ajar
para guru. Kami sangat menjaga hubungan baik dengan cikgu2 sebab we believe
keridhaan guru adalah salah satu faktor penting yang menentukan kejayaan.
Towards the end nak dekat2 periksa, kami stay/tinggal di perpustakaan untuk
belajar dengan lebih intensif. Masa tu rasa sangat semangat perjuangan bersama.
Alhamdulillah keputusan pmr yang keluar sangat memuaskan. Kami bersyukur kepada
Allah.

Lepas pmr, kami menerima banyak tawaran2; jadi baby-sitter, jadi fasilitator utk
JIM outdoor-venture, bawa adik2 sekolah rendah camping, jadi fasilitator utk
PERKASA, dapat stall utk jualan dan banyak lagi. 10% dari upah yang kami dapat
tu kami infaqkan dalam tabung syabab. Banyak lagi aktiviti2 yang kami jalankan.
Semuanya memperkaya pengalaman dan kemahiran. Pengalaman2 tu semua kami dapat di
al-amin, the same al-amin yang sekarang adik2 tempati. Sekarang dengan segala
kemudahan yang ada, kondisi keuangan yang memungkinkan dan banyak lagi
kelebihan2 lagi, yang tak terdapat pada masa kami, adik2 sepatutnya lebih boleh
beraktiviti dan lebih banyak menimba pengalaman.

Yang penting mesti ada rasa memiliki dan izzah terhadap al-amin, terhadap islam.
Bila ada rasa tu, kita akan rasa nak buat baik selalu, tak sanggup nak lakukan
sesuatu yang mencemar. Inner control tulah sebenarnya yang paling kuat. Sekolah
boleh buat banyak peraturan, tapi kalau orang tak nak ikut, tak guna juga.
Firman Allah dalam surah Ar-Ra’du (13): 11; Allah tak akan mengubah sesuatu
kaum sehingga mereka mengubah keadaan mereka sendiri. Di sini dituntut inisiatif
dan kemahuan yang kuat untuk berubah kepada perkara yang lebih baik. Wallahu
a’lam. Kemudian kami meneruskan ke menengah atas…

Kak Aisyah
Jan 21, 2001
Waiting Lounge, Changi Airport

2 comments:

Muhd Aizuddin Ali said...

Berkat kesungguhan abang2 dan kakak2, al-amin sehingga sekarang masih diberkahi dengan pelajar dan guru-guru yang menitikberatkan islam dalam pengajarannya. Ana cuma sempat merasa susah semasa mula-mula masuk darjah satu dulu. Time tu bangunan musolla lama belum siap pun lagi. Tapi kerusi meja dah ada, siap dengan peralatannya. Bangunan sekolah rendah dan menengah masih bergabung. Bangunan demi bangunan siap, hingga sekarang, Al-Amin menjadi sebuah sekolah yang selesa untuk belajar. I miss a lot of things.Tanah lapang yang boleh memuatkan banyak kenderaan, padang belakang sekolah, tepi sekolah, pengalaman main bola kat padang keling (skrg SBPI). Abang-abang dan kakak-kakak yang tak pernah menganggap diri mereka senior. Xde jurang persahabatan. Miss the old days. Moga post kali ni menjadi kenangan generasi akan datang.

Unknown said...

yup, nothing like the old days... definitely one of the best moments in my life. smpi sekarang akak masih dapat rasa kemanisan tu. ingin sekali sharing dgn adik2, ingin sekali menyumbang idea n tenaga utk al-amin, ingin sekali ikut lagi merasakan manisnya menjalani hidup di al-amin.