Assalamu'alaikum wrt
Eid Mubarak daripada kami.
Taqaballahu minna wa minkum. kullu am wa antum bi khair.
Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Wa lillahilhamd. Sebagai seorang muslim kita rasa bersyukur kerana telah berjaya melalui sebulan ramadan. Semoga Allah menerima amalan kita, mengampunkan dosa-dosa kita dan menjauhkan kita dari azab api neraka.
Pada masa yg sama kita juga merasa sedih dengan pemergian bulan Ramadan. Dalam bulan ini kita semua berlumba-lumba mengerjakan amal ibadah. Bacaan AlQuran, solat sunat, qiyamullail, sedekah dan sebagainya. Sama-samalah kita berusaha untuk meneruskan tradisi ramadan di bulan-bulan yg lain.
Di bulan Syawal yg mulia ini, kita hidupkan suasana ukhuwwah dan mahabbah dengan kunjung mengunjungi. Ukhuwwah dan kasih sayang sangat penting dalam Islam. Ianya merupakan natijah atau buah daripada iman. "Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara".
Berusahalah untuk elakkan pembaziran. Ingatlah pada saudara-saudara kita yg susah dan menderita di tempat yg lain. "Membazir itu saudara syaitan".
Semasa ziarah dan bergembira bertemu dengan teman-teman yg jauh dan dekat, hati-hati dengan perkara seperti pergaulan bebas, mengumpat, mengadu domba dan menyakitkan hati orang lain. Perkara ini bukan sahaja berdosa tetapi boleh merosakkan ukhuwwah antara kita.
Thursday, 2 October 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment