Assalamu'alaikum wrt
Aunty along sentiasa mengikuti perkembangan Malaysia. Alhamdulillah dengan kecanggihan teknologi, dunia semakin mengecil kini. Maklumat boleh didapati dengan cukup mudah. Cuma sebagai seorang yang mukmin kita harus bijak 'filter' maklumat menggunakan neraca iman dan taqwa.
Kenaikan harga minyak banyak mempengaruhi keadaan di Malaysia. Terkini perkembangan politik Sdr Anwar pula. 6 Julai ni akan diadakan protes sejuta rakyat atas bantahan kenaikan harga minyak. Emm... macam2.
Susah, tertekan dan payah pasti bukan keadaan yg kita sukai. Tetapi pada pandang sudut yg lain, aunty rasa ia juga merupakan satu peluang. Sebagai seorang paham tentang tanggung jawab da'wah, suasana ini sangat kondusif. Ini kerana, manusia dalam keadaan susah lebih mudah ingat kepada Allah swt.
Kita harus ikhlas mengajak manusia kepada Allah swt. Bukan atas kepentingan apa-apa. Mengajak kepada kefahaman Islam yg bersih serta melaksanakan Islam dalam kehidupan. Keimanan yg berdiri atas dasar aqidah sahih. Dari keimanan ini akan membuah amal dan akhlak yg mulia serta tinggi nilainya.
Masa aunty along berjinak-jinak untuk berubah. Antara yg perkara utama yg ditekankan adalah Aqidah. Kupasan ilmu tauhid dan makna syahadah sangat membuka mata. Ia seperti mati hidup semula. Aunty along tak pandai sangat nak explain... tp sangat membekas dalam jiwa aunty along. Ilmu tu ada di mana-mana. Pergi cari dan doa semoga Allah menunjukkan jalan yg benar dan lurus.
Kalau ada kesempatan lagi aunty akan cuba tulis tentang kefahaman yang aunty along ada tentang aqidah dan lain-lain. Semoga Allah beri kekuatan...
Thursday, 3 July 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment