Sunday 18 January 2009

Usrah di Rhyl

Assalamu'alaikum
Alhamdulillah sabtu lepas aunty along berusrah di Rhyl sebab sakinah buat attachment di hospital sana. Perjalanan dari Cardiff mengambil masa lebih kurang 4 jam. Jazakalluhukhairan katheera pada Oom sebab sudi drive kan kami berempat ke sana. Masa usrah malam tu Oom mengambil peluang utk ziarah muadz di Bangor.


Adik usrah aunty along, Sue, aliya, aimi dan kinah

Posing depan kete aliya sebelum balik

Aunty along makin tembam! aiyoyo!

Usrah kali ni membincangkan tentang tafsir ayat 1-4 surah al-anfaal. MasyaAllah dan Alhamdulillah byk yg dpt kami pelajari daripada ayat2 ini.

Allah berjanji utk menolong org yg beriman dan syarat bg datangnya pertolongan Allah adalah iman. Syarat kesempurnaan iman (spt yg dirakamkan dalam ayat ini) adalah:
  1. Takut pada Allah
  2. Tawakkal dlm erti kata sebenar
  3. Mendirikan solat
  4. Infaq fi Sabilillah
Tafsir ini juga menyentuh tentang kepentingan untuk kita bertanya dan adab dalam bertanya. Yang di tanya wajib menjelaskan sekiranya tahu dan yang bertanya pula redha dgn jawapan diberi (oleh pakar dalam bidang tersebut). Kadangkala sikap kita nak dengar apa yang kita nak dengar sahaja.

Selain itu, ia juga menekankan kepentingan untuk menjaga hubungan dan ikatan ukhuwwah sesama kita. Allah memuji orang yg suka berdamai dan memperbaiki hubungan lalu berjihad di jalanNya.

Mukmin sejati mencapai beberapa derajat di syurga serta ampunan di dunia dan rezeki yg tidak pernah putus di alam baqa.

Ini hanya sedikit cebisan daripada tafsir tersebut. terlalu byk pengajaran yg boleh ambil. aunty along sangat galakan untuk membaca buku untuk mendapatkan yg selebihnya. Aunty along guna buku bertajuk "Prinsip-Prinsip Tarbiyah dalam Surah Al-Anfaal" penulisnya adalah Dr Syeikh Ali Abd Halim Mahmud.

Setakat ni dulu buat kali ini.

No comments: