Monday, 24 November 2008
PPN 2008
Assalamualaikum wrt
Pada 23-24 November 2008 telah berlanggung PPN (Perhimpunan Perwakilan Nasional). Omm dan aunty along tak pergi. Alhamdulillah dgn kemudahan teknologi maklumat, dapat jugak sikit-sikit update perkembangan di Malaysia. Secara spesifik aunty along tak pasti apa yg dibentangkan dan dibahaskan. Cuma secara umumnya, banyak isu generasi pemuda dibangkitkan. Melihat perkembangan ini, rasa seronok dan cemburu pun ada. Seronok dan bersyukur kerana gandingan dan kerjasama yg (bertambah) baik antara generasi awal dan golongan muda duat. Cemburu kerana tiada bersama secara langsung menggerakkan gelombang dakwah di Malaysia.
Walaupun baru setahun lebih aunty along dan omm bermusafir di UK ni... perkembangan dakwah begitu laju di Malaysia. Terasa kerdilnya diri ini. Sesungguhnya dakwah ini adalah 'makhluk' yg sombong. Dia memang tidak memerlukan kita.
Doa kami semoga kami tetap tsabat dan istiqomah di jalan ini. Dipermudahkan segala urusan di sini dan dapat pulang semula ke tanah air untuk sama-sama berjuang di bumi Malaysia yg dicintai (Fillah) dan dirindui.
Wasallam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment