Tuesday, 24 June 2008

France dalam ingatan

Assalamu'alaikum wrt

Aunty along dan omm pergi France dari 18 - 25 Mei 2008. Aunty along pergi sebab ada workshop di Tolouse, France. Workshop tersebut anjuran Hydralab. Ia merupakan kumpulan penyelidikan hidraulik di peringkat Eropah.

Kami mengambil kesempatan trip ini untuk menziarahi pelajar-pelajar Malaysia yang mengikuti usrah di sini. Tempat yg kami ziarahi adalah Toulose, Aix dan Nice. Kedudukan geografi antara tiga bandar tersebut sangat jauh. Kami sewa kereta Citroen C3. Penggunaan kereta agak mahal tetapi berbaloi insyaAllah.

Semasa di Toulouse kami berkenalan dengan Hidayah, Zati dan As. Mlm tu (20 Mei) kami adakan sedikit perkongsian. Cuma masa agak suntuk, aunty along hanya sempat kongsikan sedikit tafsir surah Al'Maun. Tafsir tersebut menceritakan antara konsep Islam yg penting iaitu Aqidah yg berbentuk keimanan dan juga praktikal. Dalam lain perkataan, Islam ini adalah agama kepercayaan dan amal. Ia tidak memisahkan diri daripada realiti kehidupan seharian.

Di Aix kami berjumpa Ana, Ili dan Habib. Pertemuan dibuat pd malam 21 Mei. Perjumpaan bermula agak lewat sebab pada malam yg sama ada perjumpaan dengan pengerusi UniKL. Malam tersebut kami berkongsi tentang salah satu persediaan utama seorang du'at iaitu keimanan yg teguh.

Keesokan harinya kami bertolak ke Nice. Perjalanan mengambil masa selama lebih kurang 3 jam. Nice bandar yg cantik sebab sebelah Laut Mediterian. Lautnya biru... rasa macam nak mandi je... Bandar ni juga padat dengan penduduk. Aunty along tidur di bilik wani. Wani sangat suka masak. Yana pula sgt pandai menghias bilik. Di sini along kongsikan sedikit tentang akhlak duat.

Banyak pengalaman yg aunty along dan omm timba sepanjang berada di France. Salam penghargaan yg tak terhingga buat ikhwah akhwat yg sempat kami temui di sana. Kalau umur panjang, semoga Allah izinkan untuk teruskan perkongsian ilmu dan pengalaman dengan ikhwah akhawat di France.

Tu dulu... wasallam.

No comments: