Monday, 28 April 2008

Keluarga yg diHati

Assalamu'alaikumwrt


Hamzah dan anas yg diingati selalu,

Foto di atas adalah foto semasa hari raya tahun 2007. Masa tu aunty along dan omm dah sampai UK. Adik-adik aunty along memang suka amik gambar 'gaya bebas' sikit :-). Foto ni di ambil di rumah acik La kat shah alam.

Bila melihat keletah mereka, rasa rindu pun ada... macam tu lah hakikat kehidupan.. masa berlalu sangat pantas. Rasa masa kecik-kecik dulu baru sekejap je. Kalau Allah panjangkan umur, aunty along pun nak tengok hamzah dan anas membesar... Hamzah dan anas bila besar nak jadi apa ye... Jadi mujahid di jalan dakwah ye...

Aunty along masa kecik-kecik.. nakal... suka kacau adik2... suka buat mak abah marah... tapi alhamdulillah, melalui kesedaran Islam yg aunty terima.. aunty dah banyak berubah. Aunty along jadi lebih sabar dengan adik2. Aunty along lebih hormat dan cermat dengan orang tuan esp mak dan abah.

Aunty along rasa kefahaman Islam yg betul serta keimanan boleh mengubah manusia. Sebab itu pun Allah menurunkan para rasul. Rasul untuk zaman kita adalah Nabi Muhammad SAW. Nabi Muhammad telah mengorbankan seluruh kehidupannya untuk mengajak manusia kepada Iman dan Islam. Keimanan yang lurus membawa kepada akhlak yang luhur. Kalau kita rasa kita telah beramal dengan Islam tapi pada masa yg sama masih lagi mempunyai akhlak buruk, seperti sengaja menyakiti hati orang lain atau bercakap tidak benar. Ini mungkin petanda yg kita perlu check semula asas kefahaman dan keimanan kita.

Menjadi orang baik sahaja belum cukup... aunty along masih ingat pengisian usrah daripada naqibah aunty along yg pertama. Dia kata, "Tidak sempurna keimanan kita, selagi kita tidak melaksanakan tanggung jawab dakwah". Pertama kali aunty dengar... macam rasa terkejut pun ada, fana pun ada... Kalimah yg menggegarkan minda, menyentuh hati serta menatijahkan perubahan. Semoga Allah membalas segala kebaikan naqibah aunty dengan kebaikan yg lebih besar di dunia dan akhirat.

Aunty along rasa setakat ni dulu... salam sayang daripada aunty along dan omm.

No comments: